- Majlis Khatam Al-Quran 2010 & Ceria Anak Yatim
- Orang Kita Kurang Bijak ????
- Mercun , MERCUN , Mercun ,MERCUN !!!!
- Program Ahya'ul Ramadan 1431
- SELAMAT DATANG RAMADAN
- Jom 5A, 5C
- UPPM 3
- Hari Terbuka Sekolah
- Gotong Royong Sempena Sambutan Hari Guru 2010
- TEKNIK MENJAWAB SOALAN MATEMATIK
- Ujian Bulanan ke-2 2010
- Masyuarat PIBG ke-22
- Kursus Kepimpinan 2010
- Majlis Tadarus Al-Quran dan Festival Nasyid
- Milo Datang Lagi






![]() | Hari Ini | 49 |
![]() | Semalam | 84 |
![]() | Minggu Ini | 567 |
![]() | Minggu Lepas | 938 |
![]() | Bulan Ini | 1172 |
![]() | Bulan Lepas | 4472 |
![]() | Semua | 46679 |
IP Anda: 38.107.191.100
,
Sekarang : 2010-09-10 13:44
Majlis Khatam Al-Quran 2010 & Ceria Anak Yatim
Jumaat,3 Sept 2010 bersamaan 24 Ramadan 2431H, bagi meraikan kejayaan murid-murid yang telah berjaya mengkhatamkan bacaan Al-Quran , Biro Dakwah SK Ulu Penggeli telah merancang dan mengadakan satu majlis Khatan Al-Quran
Orang Kita Kurang Bijak ????
Ya la disini , saya mengatakan bahawa " ORANG KITA KURANG BIJAK" . Dari segi Apa ? Hiburan....
Dengan bermain MERCUN kita mendapat kepuasan, tak taulah berapa peratus kepuasan itu.... tapi yang penting kepuasan. Pow !!! sana Pow !!! sini seronok rasanya, mengingatkan kita kepada keseronokan hari raya.
Pada masa yang sama, ditanyakan kepada murid-murid sekolah..... . Berapa banyak wang anda telah laburkan untuk membeli mercun ?. Ada yang menjawab RM 10, RM 20 RM 50 dan ada yang menjawab lebih RM 100. Ini yang dikatakan kurang bijak
Cuba anda ambil duit RM100 atau RM50 dari poket anda. Kemudian anda gulung duit itu. masukkan belerang atau sebagainya seterusnya bagi sumbu. Akhir sekali Bakar mercun yang telah anda buat tadi. POW !!!! , Fuh sangat menyeronokkan bukan?
walaupun anda tidak buat mercun itu , hanya dengan membelinya nilainya adalah sama seperti anda meletupkan duit anda.Adalah lebih baik kita simpan untuk keperluan hari muka ataupun jika tidak mahu simpan duit itu... beri saja pada saya.... hahahaaa
Bukan maksud saya sedekahkan kepada mereka yang memerlukan, seperti Saudara kita yang miskin , penduduk gaza , Kemboja . Bukankah ia lebih tinggi nilainya di Sisi Allah .
Ini kita sengaja mencari masalah , sehingga jari putus, tangan putus , mata buta , telinga pekak, kaki kodong , kepala pecah dan kehilangan nyawa.
Mungkin itu yang kita undang. Ia akan datang kepada kita. Sedangankan perkara yang kita tidak inginkan pun boleh datang kepada kita . Inikan pula perkara yang kita undang
Mercun , MERCUN , Mercun ,MERCUN !!!!
Pengharaman mercun
Secara umumnya, semua mercun diklasifikasikan sebagai bahan letupan berkuasa rendah. Oleh itu, terdapat beberapa negara yang mengharamkan pembakaran mercun kerana beberapa sebab, antaranya pencemaran bunyi, risiko kecederaan serta risiko kebakaran.
Di Malaysia, pembakaran mercun kini diharamkan seperti yang termaktub di dalam Akta Bahan Letupan pindaan tahun 1991 akibat peningkatan kadar kecederaan di kalangan kanak-kanak (terutamanya dari kaum Melayu) semasa musim perayaan Hari Raya. Ironinya, kes kecederaan akibat bermain mercun terus meningkat saban tahun kerana kanak-kanak Melayu beralih kepada mercun buatan sendiri seperti meriam buluh sebagai alternatif kepada mercun komersial.

Di Singapura, larangan separa terhadap pembakaran mercun dikuatkuasakan pada Mac 1970 selepas satu kebakaran yang mengorbankan enam orang dan mencederakan 68 yang lain. Ini seterusnya membawa kepada pengharaman penuh pada Ogos 1972, selepas satu letupan yang membunuh dua orang serta serangan terhadap dua anggota polis yang cuba menghalang satu kumpulan orang ramai daripada membakar mercun pada Februari 1972. Walau bagaimanapun, pada tahun 2003, kerajaan membenarkan kembali mercun dibakar semasa musim perayaan. Pada tengah malam Tahun Baru Cina di Chinatown, mercun dibakar tetapi di bawah syarat-syarat kawalan yang dikenakan oleh Lembaga Pelancongan Singapura. Perayaan lain di mana mercun dibenarkan untuk dibakar ditentukan oleh Lembaga Pelancongan Singapura. Namun demikian, penjualan mercun secara komersial diharamkan sama sekali.
Membakar mercun juga adalah satu amalan yang amat membazir. Harganya yang mahal dan terbakar atau meletup dalam sekelip mata sahaja. Membayangkan anda menggulung duit RM 10.00 dan meletupkannya. Ini adalah amalan yang membazir.
Jika duit itu di gunakan kepada perkara yang berfaedah adalah lebih baik atau disimpan sahaja untuk masa depan.
Mungkinkah kita akan menjadi seperti gambar-gambar yang ditunjukkan diatas
Terakhir dikemaskini (Sabtu, 21 Ogos 2010 12:16)
Program Ahya'ul Ramadan 1431Ramadan Al-Mubarak memberikan nafas baru kepada semua umat islam dunia amnya dan SK Ulu Penggeli Khususnya. Beberapa program dan aktiviti dirancangkan oleh Biro Dakwah SK Ulu Penggeli bagi melengkapkan ramadan pada tahun ini. Diantara aktiviti-aktiviti yang dirancangkan adalah seperti berikut :
Terima kasih kepada semua dermawan, semoga Allah dapat memberikan gamjaran yang setimpal kepada kalian. Insyallah Terakhir dikemaskini (Sabtu, 21 Ogos 2010 12:16) UPPM 3
Selasa, 27-29 Julai 2010, UPPM 3 berlangsung, dengan penuh ketabahan berbekalkan ilmu yang telah dicurahkan oleh guru-guru. Kini ujian sebagai menilai prestasi sebelum menghadapi peperiksaan yang sebenar. UPSR 2010. Semoga berjaya kepada calon semoga anda mendapat keputusan lulus cemerlang 100%
Terakhir dikemaskini (Ahad, 01 Ogos 2010 14:32) |
Jom 5A, 5CPerjalanan jom 5A dan 5C sangat baik dan telah dijalankan di SK Ulu Penggeli. Tuan Hj. Mukhatar bin Hassim ( Guru Besar SK Ulu Penggeli ) sendiri turun padang bersama guru-guru matapelajaran lain terlibat memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada calon-calon UPSR.
Hari Terbuka SekolahKhamis 1 Julai 2010. Hari terbuka memberi ruang kepada para ibubapa melihat sejauh mana prestasi anak-anak mereka. Perbincangan adalah perlu bagi memastikan semua dalam keadaan sempurna. Bagaimana peranan murid dan ibubapa bagi memastikan anak-anak mereka sentiasa mendapat pelajaran yang baik dan mencukupi.
Terakhir dikemaskini (Ahad, 01 Ogos 2010 14:28) |

























