Peraturan-peraturan Pegawai Awam
PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM
( KELAKUAN DAN TATATERTIB ) 1993
PENDAHULUAN
Peraturan-peraturan Pegawai Awam ( Kelakuan dan Tatatertib ) 1993
- Dibuat dibawah Perkara 132(2) Perlembagaan Persekutuan
- Menggantikan Perintah AM Bab 'D'
- Peraturan-peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam 1993-P.U.(A)
TUJUAN
Memastikan pegawai awam
1. Melaksanakan tugas dengan cekap, beramanah dan bertanggungjawab.
2. Meletakkan kepentingan awam lebih utama daripada kepentingan sendiri
3. Menjaga Imej perkhidmatan Awam
4. Pelaku dan pesalah /melanggar peraturan dihukum
TUGAS KAWALAN DAN PENGAWASAN TATATERTIB
Peraturan 3C Peraturan-peraturan Pegawai Awam ( kelakuan dan tatatertib ) 1993
Pertama:
Adalah menjadi tugas tiap-tiap pegawai untuk menjalankan kawalan dan pengawasan tatatertib ke atas pegawai bawahannya dan mengambil tindakan yang sesuai dalam tiap-tiap hal pelangaran mana-mana peruntukan peraturan-peraturan ini.
Kedua:
Seorang pegawai yang tidak menjalankan kawalan dan pengawasan tatatertib keatas pegawai bawahannya yang melanggar tatatertib hendaklah disifatkan cuai dalam melaksakan tugasnya dan tidak bertanggungjawab dan dia boleh didikenakan tindakan tatatertib.
TATAKELAKUAN BAGI PENJAWAT AWAM
Peraturan 4, Peraturan-peraturan Pegawai Awam ( Kelakuan Tatatertib )1993 telah menetapkan tatakelakuan dan peraturan yang harus diikuti oleh seseorang pegawai perkhidmatan awam. Peraturan-peraturan Pegawai Awam ( Kelakuan Tatatertib )1993 menyenaraikan seperti berikut :
Peraturan 4.(1)
Seseorang pegawai hendaklah pada setiap masa memberikan taat setianya kepada Yang di-Pertuan Agong, Negara dan Kerajaan
Pegawai hendaklah sentiasa menjaga, memelihara dan mempertahankan kedaulatan dan maruah negara, hormat dan patuh kepada undang-undang serta berusaha untuk berbakti kepada negara dan setia kepada kerajaan.
Contoh Pelanggaran Peraturan 4(1)
- Bersubahat dengan musuh negara
- Membocorkan rahsia negara
- Memburuk-burukkan serta memperkecilkan dasar serta tindakan kerajaan
- Memijak-mijak bendera kerajaan dengan tujuan menghina.
- Melanggar undang-undang atau peraturan kerajaan dengan tujuan untuk menentang kerajaan
Peraturan 4(2)(a)
Seorang pegawai tidak boleh membelakangkan tugas awamnya demi kepentingan peribadi.
Contoh Pelanggaran Peraturan 4(2)(a)
- Menguruskan hal-hal perniagaan/pelaburan sendiri/isteri/anak/saudaramara dalam waktu pejabat/tugas rasmi.
- Mengambil kesempatan untuk menguruskan hal-hal perniagaan semasa membuat lawatan rasmi diluar pejabat.
- Menyebelahi dan memberi keutamaan kepada saudara mara atau rakan-rakan atau orang yang rapat dengannya dalam menimbangkan sesuatu permohonan.
Peraturan 4(2)(b)
Seorang pegawai tidak boleh berkelakuan dengan sedemikian cara yang mungkin menyebabkan kepentingan peribadi bercanggah dengan tugas awamnya.
Contoh Pelanggaran Peraturan 4(2)(b)
- Mengurus tender/sebut harga sedangkan pegawai mengetahui ada diantara mereka yang mengemukakan tender/sebut harga terdiri daripada saudara-maranya.
- Tidak mengelakkan dirinya daripada menerima hadiah daripada syarikat atau peniaga atau individu.
- Tidak mengelakkan dirinya daripada terlalu rapat dengan mereka yang jelas akan dapat keuntungan daripada mengetahui tugasa rasminya.
- akan bersambung -
Terakhir dikemaskini (Jumaat, 24 Julai 2009 02:27)








