- Taharah
- Jenis Air
- Bersugi ( Siwak )
- Bekas Emas Dan Perak
- Menyamak Kulit
- Najis
- Hadath ( Hadas )
- Haid, Nifas & Wiladah
- Istinjak ( Bersuci )
- Wudu'
- Penyapuan Khuf
- Tayamum
- Mandi
- Azan Dan Iqamah
- Solat
- Syarat Sah Solat
- Rukun Solat
- Perkara Sunat Dalam Solat
- Perkara Makroh Dalam Solat
- Perkara membatalkan Solat
- Pembahagian Solat - Fardhu
- Pembahagian Solat - Nafilah
- Puasa
- Zakat
- Zakat Fitrah
- Penyembelihan
- Ibadat Qurban
- Ibadat Aqiqah
- xxxxxx
Akidah Islam
Akidah dari segi bahasa bererti simpulan iman ataupun pengangan yang kuat atau satu keyakinan yang menjadi pengangan yang kuat.
Akidah dari sudut istilah ialah kepercayaan yang pasti dan keputusan yang muktamat tidak bercampur dengan syak atau keraguan pada seseorang yang berakidah sama ada akidah yang betul atau sebaliknya.
Akidah Islam.
Ialah kepercayaan dan keyakinan terhadap Allah sebagai rabb dan ilah serta beriman dengan nama-namaNya dan segala sifat-sifatNya juga beriman dengan adanya malaikat, kitab-kitab, para Rasul, Hari Akhirat dan beriman dengan taqdir Allah sama ada baik atau buruk termasuk juga segala apa yang datang dari Allah. Seterusnya patuh dan taat pada segala ajaran dan petunjuknya. Oleh itu, Akidah islam ialah keimanan dan keyakinan terhadap Allah dan RasulNya serta apa yang dibawa oleh Rasul dan dilaksanakan dalam kehidupan
BERIMAN KEPADA BERIMAN KEPADA ALLAH Konsep beriman kepada Allah meliputi beriman dengan kewujudanNya, mengenaliNya, mempelajari apa yang datang daripadaNya dan yakin serta melaksanakan perintah dan petunjuknya. Kewujudan Allah. Menurut ulamak, ada dua alasan atau saluran untuk membuktikan dan meyakini kewujudan Allah iaitu: Mengenali Allah S.W.T. Erti kita beriman kepada Allah juga ialah mengenali Allah. kalau kita tidak mengenali Allah, bagaimana hendak beriman kepadaNya. Untuk mengenaliNya tidak sama dengan mengenali makhluk. Bagi mengenali seseorang kita boleh mencarinya, berjumpa, melihat sedangkan Allah bukan makhluk. Ia adalah Khaliq iaitu Rabb bagi makhluk. Oleh itu cara dan bentuk mengenali Allah berbeza dengan cara dan bentuk kita mengenali makhluk. Antara pengenalan Allah yang paling jelas ialah terdapat dlam Asma' al-Husna, iaitu nama-nama Allah yang 99 sebagai gambaran tentang sifat-sifat Allah. Antaranya: Allah - lafaz yang maha mulia merupakan nama dari zat ilahi yang Maha Suci serta wajib adanya yang berhak memiliki segala pujian dan sanjungan. Adapun nama-nama lain bagi setiap nama itu menunjukkan suatu sifat Allah yang tertentu dan oleh itu ia juga boleg dianggap sebagai sifat-sifat bagi lafaz yang Maha Agung iaitu (Allah). Antara nama-nama lain itu ialah: Tauhid Rububiyah dan Uluhiyyah Allah S.W.T. Tauhid Rububuyah bermaksud hanya Allah sahaja sebagai Rabb (pencipta, pemilik, pemerintah, memberi rezeki dan seumpamanya). Tidak boleh dijadikan, dianggap atau dirasakan yang lain sebagai rabb atau bersama-sama Allah menjadi Rabb. Tauhid Uluhiyyah bermaksud orang islam yang beriman dengan keimanan yang sebenar, dia hanya mengambil Allah sebagai Ilah. Dia tidak meletakkan Allah bersama-sama yang lain sebagai Ilah. Allah sahaja sebagai pujaan dan sembahannya. Maksud Ilah ialah sesuatu yang dipuja dan disembah. Mempelajari dan memahami ajaran Allah. Maksud beriman kepada Allah juga sepatutnya kita mempelajari dan memahami segala yang datang daripada Allah melalui RasulNya sama ada dalam al-Quran atau al-Sunnah. Maksud beriman kepada Allah bukan sekadar percaya tentang kewujudan Allah tetapi termasuk juga segala apa yang datang daripada Allah S.W.T. Yakin dan melaksanakan petunjuk Allah. Antara maksud dan tuntutan iman kepada Allah ialah yakin terhadap apa yang datang daripada Allah. Yakin dengan kebenaran, kesempurnaan islam sebagai satu Din yang syamil dan kamil serta terbaik. BERIMAN KEPADA MALAIKAT Orang Islam kita mesti mengetahui dan yakin bahawa Allah S.W.T. menjadikan para malaikat sebagai hamba dan pekerja-pekerjaNya atau untuk mudah difahami dengan penggunaan bahasa semasa ialah sebagai kakitangan Allah, sama ada sebagai menteri-menteri Allah, pegawai-pegawai Allah, kerani-kerani, tentera, polis atau apa-apa sahaja yang boleh kita namakan, maka itu semua dipegang oleh para malaikat Allah S.W.T. Penciptaan Malaikat. Allah ciptakan malaikat daripada nur, berdasarkan Hadith Rasulullah S.A.W. yang bermaksud: "Dijadikan Malaikat dari cahaya, dijadikan Jin dari nyalaan api dan manusia yang telah digambarkan kepada kamu". (Riwayat Muslim) Malaikat boleh berupa dengan bermacam bentuk dengan izin Allah. Biasanya ia datang kepada Rasulullah dalam bentuk manusia dan ada juga yang datang ke bumi dalam bentuk cahaya. Bentuk asal Malaikat mempunyai sayap-sayap yang berbeza antara satu Malaikat dengan yang lain. Ada yang mempunyai dua sayap, tiga dan empat sayap bahkan lebih dari itu. Allah mahaberkuasa serta mempunyai hikmah tertentu daripada makhluk ciptaanNya (Fatir ayat1). Biasanya malaikat tidak dapat dilihat oleh manusia. Ia hidup dalam alam ghaib kecuali pada masa-masa ketika ia menjelmakan bentuk-bentuk tertentu atau bentuk asalnya yang bersayap. Malaikat tidak makan dan tidak minum, juga bukan lelaki dan tidak perempuan, malaikat tidak tidur dan seumpamanya Antara tugas-tugas Malaikat seperti: 1. Membawa wahyu kepada para Nabi dan Rasul. Peranan Malaikat di Akhirat seperti memberi salam pada ahli syurga, mengazab ahli neraka dan seumpamanya BERIMAN KEPADA PARA RASUL Peranan Rasul. Peranan Rasul sangat penting iaitu menyeru dan membimbing manusia ke jalan yang benar, jalan menyembah Allah S.W.T memimpin manusia kepada keselamatn berasakan akidah Tauhid, beriman bahawa Allah sebagai Rabb dan Ilaj dalam kehidupan dan menyelamatkan manusia dari kesesatan. Kebenaran Rasul. Antara hujah yang menunjukkan seseorang Rasul itu benar ialah mukjizat yang dikurniakan oleh Allah kepadanya. Seperti mukjizat Nabi Ibrahim a.s yang tidak hangus dibakar api. Demikian juga mukjizat dengan nabi-nabi lain. Nabi Musa dapat membelah laut dengan tongkatnya, apabila beliau dan pengikutnya ingin menyeberangi lautan yang luas ketika dikejar Firaun dan tenteranya. Mukjizat ialah kejadian luar biasa yang dilakukan oleh Allah kepada RasulNya sebagai bukti kebenaran menjadi Rasul. Dengan adanya mukjizat ini, boleh menjadi bukti kepada orang-orang tertentu mendakwa menjadi nabi, sedangkan mereka tidak dikurniakan mukjizat. Kepentingan Beriman Kepada Para Rasul. BERIMAN KEPADA KITAB-KITAB Tujuan Kitab-Kitab diturunkan. Tujuan kitab-kitab diturunkan oleh Allah adalah untuk memberi petunjuk kepada manusia jalan hidup yang betul. Manusia sejak dahulu hingga hari kiamat nanti memerlukan panduan daripada Allah untuk menjalani kehidupan mereka. Allah yang menciptakan manusia dan juga segala makhluk-makhluk yang lain sudah pasti Dia maha mengetahui keperluan dan panduanya. Oleh itu, dengan kemurahan dan keadilanNya Allah menghantar wahyu melalui Rasul sebagai panduan manusia. Persamaan al-Quran dengan kitab-kitab lain. Hikmah beriman dengan kitab-kitab. 1. Menunjukkan bahawa agama yang datang daripada Allah adalah satu sahaja iaitu Islam yang terkandung di dalam kitab-kitab yang datang daripada Alah mendahului. Para Nabi semasa ke semasa sehinggalah kitab al-Quran. 2. Umat manusia di sepanjang zaman sebenarnya memerlukan agama yang satu iaitu Islam, yang berteraskan akidah tauhid. Ini semua terkandung dalam semua kitab-kitab yang datang daripada Allah. 3. Perbezaan dari segi syariat perkara penting berkaitan pelaksanaan dalam agama boleh berlaku. Yang ditegah secara tegas ialah perbezaan dari segi akidah atau perkara-perkara usul. Ini terbukti dalam syariat-syariat kitab-kitab dari satu nabi dengan nabi yang lain berbeza, tetapi akidah dan perkara pokok yang lain semuanya sama. 4. Sepatutnya orang-orang Yahudi dan Kristian tidak menyeleweng dari islam kerana semua para Nabi adalah islam. Tidak ada percanggahan antara al-Quran dan Taurat sebagaimana juga tidak ada pertentangan dengan Injil dan kitab-kitab lain BERIMAN KEPADA HARI AKHIRAT Beriman kepada hari akhirat bererti percaya dan yakin tentang adanya kehidupan selepas alam dunia ini. Peringkat-peringkat di Hari Akhirat. Kepentingan Beriman dengan Hari Akhirat. Maksud Takdir. Takdir ataupun ketentuan Allah terhadap makhluknya khususnya manusia dapat dibahagikan kepada dua: 1. Ketentuan tentang nature yang mengandungi sebab masabab. Sikap Orang Islam Dalam Menerima Takdir Allah. Kepentingan Akidah Dalam Kehidupan Manusia. · Akidah Sebagai Asas. Penyelewengan dan kerosakan akidah. 1. Melalui percakapan atau ucapan. Pembinaan Akidah. 1. Memahami konsep Islam yang sebenarnya dan memahami konsep akidah secara khusus.
Allah
menurut hadith: "Hendaklah kamu memikirkan tentang makhluk ciptaan Allah dan jangan memikirkan tentang zat Allah kerana kamu tidak mengetahui hakikatNya yang sebenar"
terdapat banyak lagi nama-nama Allah. Malaikat
Tugas Malaikat.
Tugasnya ialah sebagai kakitangan Allah dengan berbagai post dab tanggungjawab yang berbeza. Apa yang diperintah oleh Allah terus dilaksanakan.
2. Bertasbih dan patuh dan sujud pada Allah
3. Memikul Arsy
4. Berdoa untuk orang-orang berimanRasul
Kitab
Hari Akhirat
Qada' Qadar
BERIMAN KEPADA QADA' DAN QADAR
2. Takdir atau ketentuan Allah terhadap makhlukNya, khususnya manusia.
· Akidah sebagai Penentu atau Pendorong.
2. Melalui perbuatan.
3. Melalui iktikad dalam hati.
2. Membersihkan hati dengan cara meninggalkan dosa dan melakukan perkara-perkara yang disuruh oleh Allah.
3. Sentiasa berjihad melawan nafsu dan syaitan untuk beriltizam dengan Islam.
4. Bersama-sama dengan orang-orang yang soleh atau sentiasa mencari suasana yang baik.
5. Sentiasa berdoa memohon pimpinan Allah.
6. Bertawakal kepada Allah.
Terakhir dikemaskini (Isnin, 10 Ogos 2009 04:00)














