Login Form |
Pengumuman |
Program Penghayatan Ramadan
Unit Dakwah SK Ulu Penggeli ( PEKDIS SKUP 2010 ) menjalan beberapa aktiviti sepanjang bulan ramadan 1431 Hijrah ini.
Diantara aktiviti yang dijalankan ialah.
1. Merantang Sepanduk ( Marhan Ya Ramadan )
2. Tilawah ( Tadarus Al-Quran ) Kakitangan sekolah .
3. Tilawah ( Tadarus Al-Quran ) Murid-murid.
4. Ceria Anak Yatim
5. Kuiz Pendidikan Islam.
6. Majlis Khatam Al-Quran peringkat sekolah.
Semua guru dan murid-murid sekolah SK LKTP Ulu Penggeli terlibat menjayakan program ini.
Kursus kepimpinan 2010Satu Program menjana Karismatik yang dianjurkan oleh Hal Ehwal Pelajar SK LKTP Ulu Penggeli. Tarikh : 10 April 2010 Memimpin memerlukan kemahiran kebolehan menjadi pemimpin bukanlah faktor semulajadi. Kebolehan memimpin boleh lahir dari seseorang itu melalui pendidikan yang bersesuaian dengan kemampuan dan daya intelek seseorang. Bakat memimpin boleh dicungkil dan diasuh bermula dari peringkat rendah. Sasaran :
Last Updated (Monday, 12 April 2010 04:58) Milo Datang Lagi
Rabu,7 April 2010,Emmmm. Sedapnya, Milo datang lagi, menjadi rutin Milo dengan lorinya datang ke sekolah-sekolah untuk mengagihkan minuman berperisa coklat jenama Milo secara percuma kepada murid-murid . Terima kasih kepada Pihak Milo, Tahun depan datang lagi ye... Last Updated (Thursday, 08 April 2010 08:12) Peraturan Sekolah 01MASA PERSEKOLAHAN 1. Sesi pagi bermula 7.30pg hingga 12.55 th ( bergantung pada perubahan yang ditetapkan sekolah ) Pada hari Jumaat sesi pagi bermula 7.30pg hingga 11.50 th. 2. Murid dinasihatkan datang kesekolah selewat-lewatnya 15 minit sebelum loceng berbunyi. Datang lewat adalah satu kesalahan. 3. Bila loceng pertama dibunyikan semua murid dikehendaki beratur di tempat perhimpunan atau beratur diluar kelas sehingga guru yang mengajar masuk ke kelas. 4. Kehadiran sekolah adalah wajib. Murid-murid yang tidak hadir dikehendaki mengemukakan surat daripada ibubapa ztzu penjaga yang menyatakan sebab-sebab tidak hadir apabila datang semula kek sekolah. 5. Murid-murid mesti berada di dalam kelas semasa guru mengajar dan mengikuti pelajaran dengan penuh perhatian. 6. Murid-murid tidak dibenarkan keluar kelas tanpa kebenaran guru.Murid-murid hanya dibenarkan keluar jika memakai pass keluar ( KEBENARAN KELUAR ) 7. Semasa guru tidak berada didalam kelas, ketua darjah dan penolong hendaklah menyawasi kelas mereka.Semua murid hendaklah mematuhi arahan ketua darjah dan penolongnya. 8. Murid-murid dilarang keras meninggalkan ( keluar ) kawasan sekolah tanpa kebenaran Guru Besar/ Penolong Kanan/Guru Bertugas. 9. Ibu Bapa/ Waris/Penjaga tidak dibenarkan berjumpa dengan murid kecuali setelah mendapat kebenaran daripada Guru Besar/Penolong Kanan/ Guru Bertugas. 10. Ibu Bapa/ Waris/ Penjaga hanya dibenarkan membawa pulang anak jagaan mereka setelah mendapat pengesahan dari pihak sekolah dan mengisi butir-butir diri dalam buku "Murid Keluar" 11. Murid-murid mestilah sentiasa berbaris ketika :
dipetik dari peraturan sekolah SK Ulu Penggeli ms 1 dan 2 Last Updated (Saturday, 10 April 2010 23:44) |










